Salam Berbagi (SABEGI),
Banyak manfaat yang dikandung di dalam jantung pisang. Hanya saja, tidak kita ketahui. Berikut ini adalah 6 khasiat jantung pisang untuk kesihatan.
1. Membantu Memulihkan Luka
Jantung pisang mengandung sejenis kompaun yang memiliki ciri anti-mikrobial serta kaya dengan Vitamin E. Maka tak heran, di sebagian tempat, ia masih lagi digunakan secara turun-temurun untuk membantu mempercepatkan pemulihan pada luka atau jangkitan kulit.
2. Awet Muda
Jantung pisang kaya dengan Vitamin C dan kompaun seperti tannin dan flavonoid, di mana semuanya ini memiliki ciri antioksidan.
Antioksidan penting untuk kesihatan tubuh kerana ia membantu mengurangkan stres pada sel di seluruh tubuh badan sekaligus memperlahankan proses penuaan. Awet muda gitu!
3. Mencegah Anemia
Mungkin tak ramai tahu, jantung pisang memiliki kandungan zat besi yang tinggi dan boleh dimakan ketika hamil juga.
Anemia adalah antara masalah yang selalu kita dengar apabila masuk fasa kehamilan. Ia boleh terjadi ketika darah di dalam tubuh tidak mengandungi cukup sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh.
Jadi, ibu mengandung bolehlah makan jantung pisang, tapi pastikan ia dicuci bersih dan dimasak sepenuhnya ya.
4. Melancarkan Pencernaan
Masalah pencernaan seperti pedih ulu hati, angin, kembung perut, mahupun sembelit juga boleh dikurangkan dengan pengambilan serat berkhasiat seperti jantung pisang.
Jantung pisang mengandungi serat terlarut dan serat tidak terlarut yang dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan.
5. Membantu Menurunkan Berat Badan
Oleh kerana kandungan serat yang baik, jantung pisang juga boleh menggalakkan penurunan berat badan. Namun, ia perlulah disertai dengan diet harian yang sihat beserta gaya hidup yang sihat juga tau.
6. Membantu Relaks & Tidur Nyenyak
Dalam dunia moden ini, stres dan depresi adalah antara masalah kesihatan yang paling utama.
Tahukah anda, jantung pisang ini kaya dengan magnesium, di mana ia dapat membantu tubuh badan kita untuk relaks secara semulajadi.
Secara tak langsung, ia juga dapat membantu kita mendapatkan tidur yang lena. Tidur lena ini penting kerana ia membantu kita berasa segar dan lebih bertenaga apabila bangun nanti.
Posting Komentar